Follow Us @cik_tinta

Friday, 18 May 2018

Shaklee ESP.. Apa itu ESP?

Selalu dengar orang sebut ESP tapi tak sure sangat ESP tu apa? Untuk apa? Betul ke berkesan?

Okaylah...saya cuba terangkan seringkas yang mungkin ya.

Ada yang ingat ESP Shaklee ni susu. Kurang tepat sebenarnya. ESP Shaklee ini adalah suplemen protein. Dan protein dalam ESP ini sangat berkualiti tinggi. ESP adalah Energizing Soy Protein. Ia adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaik pulih sel dan tisu-tisu yang rosak.

Sebab utama ESP sangat popular dan produk yang paling laris ialah... Kerana ESP membekalkan sumber protein. Semua tau kan badan kita perlukan sumber protein. Dalam pemakanan seharian kita sumber protein terdapat dalam ikan, ayam, daging. Tapi kenapa setiap hari makan lauk ayam tapi kerap juga tak sihat. Tak cukup ke? Haaa....untuk pengetahuan, ikan, ayam, daging tu kan kita masak dulu before makan. So bila dah masak, dah kena panas api, kandungan protein tu akan musnah dan yang tinggal...Tak cukup untuk badan kita yang kerja kadang-kadang more than 12 jam ni.

Kuasa Protein untuk Tenaga Lebih Lama

Kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian. Tingkatkan tenaga harian anda dengan minuman protein kami yang mempertingkatkan Tenaga - Stamina anda. Protein soya berasaskan tumbuhan untuk tenaga yang lebih lama. Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan and perkembangan. Shaklee ESP adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.

Keistimewaan ESP Shaklee :
•   Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO).
•   Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol.
•   Membekalkan 9 asid amino.
•   Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

Nota
Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

Nutritional Facts : 
Saiz Hidangan : 28 g (3 sudu)
Hidangan Setiap Bekas  : 30

Saranan penggunaan :
Campurkan 28g atau 3 sudu besar serbuk ESP dengan segelas susu, jus, air atau minuman kegemaran anda. Untuk Pilihan : Boleh campurkan/tambahkan buah dan kisar.

Kalau tak cukup protein apa akan berlaku?
• Rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
• Kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
• Punca ulser perut + ulser usus.
• Luka lambat sembuh akhirnya berparut.
• Ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
• Antibodi tak kuat. Bila kurang protein, badan kurang ketahanan untuk melawan penyakit yang datang.

Kalau cukup protein pula?
Macam mana nak tahu badan kita cukup protein? Kemusykilan di situ. Jadi "always play safe" ambil ESP ini sebagai pelengkap. No harm at all. Kekal sihat dan cantik dengan ESP Shaklee.