Follow Us @cik_tinta

Friday, 18 May 2018

Pentingkah kolagen untuk kita?

Apa itu Kolagen ?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga).

Kolagen terdapat pada :

Kornea,
Kanta mata,
Kulit,
Salur darah,
Keratin (rambut, kuku),
Tulang,
Tendon ,
Rawan sendi,  dan gigi, hati,
Tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

Kolagen I : Terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
Kolagen II : Tulang rawan (komponen utama tulang rawan), mata
Kolagen III : Reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus , rahim
Kolagen IV : Membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
Kolagen V : Permukaan sel, rambut dan uri.

Fungsi Kolagen

•  Menghasilkan asid amino  penting seperti : lysin, prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
•  Hydroxyprolin - memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin
•  Menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit,
•  Mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
•  Arginin - memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
•  Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
•  Melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
•  Menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
•  Menampung air dalam tubuh.
•  Meningkatkan penyerapan kalsium.
•  Menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
•  Meningkatkan isyarat induksi
•  Menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

Kesan Kolagen ke Atas Badan

•  Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
•  Memelihara kelembapan kulit
•  Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
•  Menguatkan otot dan tulang
•  Membantu hati dalam proses detoksifikasi (buang toksin)
•  Memelihara  kelenturan sendi
•  Mengurangkan keradangan (inflammation)
•  Memberi tenaga
•  Membantu pola tidur
•  Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

Kesan Kekurangan Kolagen dalam Badan

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. Oleh itu, kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.