Follow Us @cik_tinta

Friday, 18 May 2018

Apakah Asid Lemak Omega - 3?

Apakah Asid Lemak Omega -3?

Omega-3 adalah satu rantaian asid lemak politaktepu yang merupakan antara nutrien terpenting untuk kesihatan dan tumbesaran. Malangnya, asid lemak ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan oleh itu ia mesti diperolehi dari diet atau suplement.

Penyelidikan menunjukkan bahawa asid lemak omega 3 mempunyai DHA dan EPA. Walaupun EPA dan DHA secara semulajadi bekerjasama di dalam badan, kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. Antara fungsi EPA adalah menyokong sistem jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. Manakala, fungsi DHA pula, menyokong otak, mata dan sistem saraf pusat. Dan hal ini sangat penting bagi wanita hamil dan menyusu.

Apa makanan mengandungi Omega-3 (EPA + DHA)?

Sumber terbaik EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, dan ikan bilis. Ramai orang bimbang tentang kandungan merkuri dan bahan toksin lain dalam ikan. Atas sebab ini, suplemen minyak ikan yang melalui proses penyulingan sering menjadi sumber paling selamat. Untuk mendapat minyak ikan yang berkualiti tinggi, perlu dilihat kepada pengilang yang mempunyai reputasi tinggi. Hal ini untuk memastikan kandungan EPA dan DHA adalah tanpa risiko ketoksikan. 

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak. Jadi.. memang tak dinafikan pengambilan Omega 3 sangat lah penting.

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf, dan fungsi mata yang perlu diperolehi dari makanan.

Shaklee Omega Guard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Bilangan size Setiap Botol : 90 biji  dalam 1 botol

Jadual Makan : 2 - 4 biji sebelum dan selepas makan, 2 kali sehari.