Follow Us @cik_tinta

Saturday, 28 April 2018

10 Tips Backpackers



>> Membuat perancangan destinasi yang ditujui : 

Adalah amat penting bagi individu ataupun kumpulan backpackers merancang destinasi yang ingin dituju supaya segala aspek seperti kos perbelanjaan dapat dirancang dan terkawal. Juga digalakkan membuat jadual supaya pengembaraan lebih sistematik & terkawal.

>> Laporkan kepada keluarga atau pihak berkuasa :

Jika anda memilih untuk mengembara seorang diri, jangan lupa untuk memaklumkan kepada ahli keluarga mengenai percutian anda. Bagi yang ingin mengembara lasak seperti di dalam hutan. pastikan anda membuat laporan bagi memberitahu kehadiran anda di sana.

>> Belajar dan kuasai bahasa tempatan  :

Jika anda berkunjung ke sesebuah negara, cuba belajar dan menguasai bahasa tempatan. Banyak kelebihannya jika anda dapat menguasai bahasa tempatan. Antaranya ialah boleh mengelakkan daripada ditipu, mudah mendapatkan sebarang bantuan dan sebagainya.

>> Gunakan perkhidmatan kenderaan awam :

Kebanyakan pengembara sering melakukan kesilapan ini iaitu menyewa kenderaan dengan kadar sewa yang mahal. Apa kata gunakan perkhidmatan kenderaan awam yang disediakan, semestinya dapat menjimatkan kos perbelanjaan bukan?

>> Susun atur kelengkapan dengan kemas : 

Anda dicadangkan menyusun atur kelengkapan peribadi seperti pakaian dengan kemas supaya pengembaraan anda lebih lancar dan teratur. Amalkan konsep less is more. Baju yang dilipat dan digulung boleh meminimumkan ruang yang digunakan.

>> Simpan duit di beberapa tempat / bahagian : 

Jika terdapat kecemasan seperti kehilangan wang, dengan adanya duit yang di simpan di beberapa tempat selain beg duit mampu menyelamatkan anda.

>> Menginap di Asrama :

Bagi menjimatkan kos, adalah dicadangkan anda menginap di asrama. Bukan sahaja menjimatkan wang, malah anda mungkin berjumpa dan berkenalan dengan kawan baru. Tapi hati-hati kerana asrama mungkin menempatkan anda bersama orang yang tidak dikenali.

>> Jangan Lupa bawa Makanan sendiri : 

Jangan lupa untuk bawa makanan sendiri seperti bar tenaga yang dapat membantu anda untuk kekal aktif dan bertenaga. Makanan sendiri bukan sahaja menjimatkan, malah boleh digunakan bila-bila sahaja yang anda perlukan.

>> Awas dengan penyeluk saku dan ulat tiket :

Dapatkan tiket perkhidmatan kenderaan awam sebagai persiapan awal bagi mengelakkan daripada terkena umpan ulat tiket. Sentiasalah berhati-hati walau di mana saja anda berada.

>> Membawa keperluan ubat-ubatan :

Persiapan awal ini dapat membantu sekiranya pengembara berada dalam kecederaan. Lebih elok jika membawa alat bantuan kecemasan yang lengkap. 

Selamat Mengembara!