Follow Us @cik_tinta

Friday, 16 September 2016

Dia Insan Terpilih 4



Dia insan terpilih..... [ Part 4 ]

Along memandang satu per satu wajah di hadapannya. Mak Longnya bercekak pinggang,Izzat dan Ridhwan senyum mengejek,Angah dengan wajah masamnya,dan paling menyentap tangkai hatinya... Wajah ibu yang penuh riak kecewa.

"Anak dengan ayah,sama saja perangainya!! Memang dasar menyusahkan hidup orang!Inilah yang jadi bila tak ada pelajaran. Sia-sia aku percayakan kau selama ni.. Mujur si Iqmal jadi penjamin. Kalau tak,rasalah macam mana hidup dalam lokap.."hatinya tersiat dengan kata-kata Mak Longnya.

Along menunduk memandang lantai. Tak sanggup mendongak,melihat wajah kecewa ibu. Ibu terguris dengan kata-kata Mak Long yang menghina ayah. Angah pula berdiri di sisi ibu,sambil merenungnya tajam.

Izzat dan Ridhwan tersenyum sinis. Dendam lama sudah dilunaskan. Tergambar kepuasan di wajah masing-masing. Selepas ni,orang kampung pasti tak akan mempercayai Along. Dan sudah tentu Along akan disisihkan oleh masyarakat.

"Along bersumpah.. Along tak bersalah. Along difitnah. Along tahu tak akan ada yang percayakan Along."ujar Along,tenang meskipun hatinya hancur dek perbuatan sepupunya.

"Jangan nak tegakkan benang yang basah. Sepandai-pandai tupai melompat,jatuh ke tanah juga akhirnya. Jangan ingat semua yang kau lakukan selama ni,akan kekal tersembunyi. Suatu masa.. Akan terbongkar semua perbuatan jijik kau."lantang Ridhwan bersuara.


"Kami berdua dah lama perhatikan kerja kau. Jelas pendapatan kau datang dari sumber yang haram. Cuba fikir...semua duit yang kau beri untuk tanggung pembelajaran adik-adik kau,adakah duit itu halal? Adakah berkat kerja yang kau buat?"Izzat bertindak sebagai penyokong setia Ridhwan.

Iqmal sudah menggenggam penumbuk. Kalau hilang sabar,berterabur gigi dua orang mamat ni. Menuduh melulu. Dia yang paling rapat dengan Ammar,dia lah yang lebih tahu mengenai Ammar. Ini dah masuk bab fitnah. Dan sungguh kejam..Ammar yang naif dan tak tahu apa-apa difitnah sedemikian.

Angah menghampiri Along. Wajah abangnya dipandang penuh kebencian. Seketika mata mereka bertentang. Angah menatap tanpa berkelip,cuba mencari sinar kejujuran dalam mata Along. Abangnya itu kekal tenang tanpa berubah riak.

"Along ke yang masukkan wang untuk Angah setiap bulan? Selama Angah belajar kat luar negara?"soalnya mahukan kepastian.

"Ya..Along yang masukkan. Sebab Along tahu,duit yang ibu beri takkan cukup untuk perbelanjaan Angah. Dan Along tak perlu susahkan ibu. Along akan usaha sendiri,demi Angah. Yang penting Angah boleh belajar tanpa fikirkan masalah kewangan.."terpaksa membocorkan rahsia yang selama ini dipendam.

"Tapi semua tu hasil titik peluh Along.. Along tak buat..."terhenti kata-katanya saat telapak tangan Angah singgah di pipi.

"Dah,tak perlu nak explain. Izzat dan Ridhwan dah cukup menjadi saksi. Diorang tahu apa yang Along buat. Patutlah balik lewat malam.. Tak lekat di rumah.. Sekarang Along dah malukan ibu,Along ingat Along boleh tinggal dengan kami lagi ke?!!"herdik Angah seraya mengambil beg pakaian dan mencampakkannya di hadapan Along.

Iqmal melangkah setapak ke hadapan tapi segera dihalang oleh Along. Iqmal bukan jenis berdiam diri. Kalau tak memuaskan hatinya,Angah pun tak mustahil dapat pelempang.

"Ibu,maafkan Along sebab tak mampu jaga ibu. Maaf sebab tak layak jadi anak yang soleh. Maafkan Along sebab tak pernah bahagiakan ibu,malah memalukan ibu. Tapi suatu ketika.. Along tunggu kedatangan ibu."ayat terakhir Along merentap jiwa Puan Azizah.

Iqmal menarik tangan Along,mengajak sahabatnya untuk beredar. Dia sendiri tidak sanggup menahan perasaan. Marah,sayu,geram bercampur baur.

Along menurut. Beberapa langkah berjalan,Along menoleh ke belakang. Matanya memandang tepat ke wajah Izzat dan Ridhwan. Along bersuara sambil menahan sebak.

"Daripada Abdillah bin Amru bin al-Asr r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud," Dosa besar itu ialah menyekutukan Allah,menderhaka kepada kedua ibu bapa, membunuh manusia yang diharamkan pembunuhannya dan bersumpah palsu" [ HR Bukhari ]

"Jangan nak sucikan diri dengan menggunakan hadis. Yang haram tetap haram. Selamanya takkan jadi halal. Berlagak suci,siap bacakan hadis!!"tempelak Ridhwan.

"Daripada Jabir r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda,"Takutilah (Jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka" [ HR Muslim ]

Melihat Ridhwan masih mahu membalas kata-kata Along,Iqmal bersuara. Nadanya penuh amaran.

"Hati-hatilah dengan doa orang yang dizalimi dan air mata orang yang teraniaya".

Padu dan tepat,Izzat dan Ridhwan terdiam. Iqmal dan Along berjalan menuju ke kereta. Puan Azizah mengamati langkah Along. Hatinya mula menangis.

* * * * * * * * * *
Dah masuk minggu ketiga berpuasa. Along tinggal di rumah Iqmal memandangkan Iqmal merupakan anak tunggal. Ibu bapa Iqmal sentiasa sibuk. Maklumlah ahli korporat.. Jarang-jarang ada di rumah. Lagipun Iqmal menganggap Along seperti abang kandungnya sendiri. Jika Along tinggal bersamanya,dapatlah dia belajar hukum tajwid ataupun mendengar tazkirah pendek setiap kali selepas solat.

"Iqmal...aku ucapkan terima kasih sangat sebab sudi tumpangkan aku kat rumah ni. Tak mampu rasanya nak balas jasa baik kau."ujar Along membuatkan Iqmal tergelak.

"Kalau nak bandingkan apa yang kau dah tolong,aku lagi lah tak mampu nak balas. Harta boleh dicari,tapi ilmu kekal di hati. Harta akan habis bila tiba masanya,ilmu akan berkekalan walaupun kita dah meninggal"Iqmal menepuk bahu Along.

Sejujurnya dia kagum dengan peribadi yang ada pada Along.. Seorang yang bijak, penyabar, sopan. Tak dapat dibayangkan jika dia yang diuji sedemikian. Andai hati tidak mempunyai pegangan yang kukuh,tentu saja semangat akan runtuh.

Namun teringat nasihat Along saat dia menghadapi kesusahan.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sekadar kemampuannya"[Al baqarah : 286]

Semakin seseorang cuba bangkit kerana Allah,semakin Allah mengujinya. Ujian merupakan tanda kasih sayang Allah terhadap hambaNya.

* * * * * * * * * *
Angah menjenguk ibunya. Ibu selalu termenung sendirian sejak kebelakangan ini. Sejak Along tiada,ibu lebih banyak berdiam diri. Tak banyak bercakap seperti kebiasaannya. Timbul rasa risau melihat ibunya. Seolah-olah memikirkan satu perkara yang serius.

"Ibu,kenapa ibu selalu termenung sejak Along keluar dari rumah ni? Sepatutnya ibu gembira kerana Along dah tiada kat rumah ni. Tiada siapa yang akan malukan ibu."ujar Angah,menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Puan Azizah.

"Ibu dapat rasakan sesuatu yang pelik. Ibu rasa sunyi sangat padahal ramai orang di sekeliling. Ibu rasa seolah-olah kehilangan sesuatu yang amat bermakna dalam hidup."luah Puan Azizah.

"Mungkin ibu hanya teringatkan arwah ayah. Jangan dilayan perasaan tu ibu."

Puan Azizah senyum segaris. Naluri seorang ibu tidak mungkin salah. Tapi apa yang membuatkannya resah? Semakin difikirkan semakin dihantui rasa bersalah.

* * * * * * * * * *
"Janganlah kamu bersikap lemah..dan jangan pula kamu bersedih hati..padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang  yang beriman..[Ali Imran : 139]

Fail berterabur di atas lantai. Selesai menyusun fail,bekas alat tulis pula jatuh ke lantai. Entah kenapa,dia seolah-olah hilang arah. Malah sepanjang hari dia terasa resah.

Deringan telefon menyentak lamunannya. Segera dijawab. Seketika,dia terdiam mendengar suara yang berbicara.

"Assalamualaikum Iqmal.. Along ada kat sana tak?"soal suara di hujung talian.Kedengaran seperti baru sahaja selesai menangis.

"Maaf Mak Cik... Ammar belum pulang dari tempat kerja. Biasanya waktu malam kerjanya selesai. Itupun kalau dia tak bekerja lebih masa."jawab Iqmal.

"Bila dia pulang,cakap pada dia supaya telefon Mak Cik ya?"pinta Puan Azizah.

"Kenapa Mak Cik tak bercakap sendiri dengan dia?"kali ini Iqmal menanyakan soalan.

"Kedua-dua sepupunya,Izzat dan Ridhwan terlibat dalam kemalangan.. Ridhwan dah meninggal. Izzat pula dalam keadaan tidak stabil. Mak Cik nak minta tolong dia.Izzat asyik menyebut nama Along sebelum dia tak sedarkan diri. Mak Cik dah Cuba hubungi dia dari tengah hari tadi. Sampai sekarang belum dijawab."

Iqmal bungkam.. Semuanya berlaku dengan pantas. Baru minggu lepas Ammar difitnah,minggu ini si pemfitnah..Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

"Baiklah Mak Cik.. Tapi,bolehkan saya datang melawat Izzat di hospital?"

"Datang sajalah...kedatangan kamu dialu-alukan"suara Puan Azizah sambil menahan tangisan.

Iqmal memutuskan talian. Segera mengemaskan mejanya dan bersedia untuk pulang. Setelah memaklumkan kepada setiausahanya,dia bergegas menuju ke hospital. Meskipun syarikat itu hak milik tunggal keluarganya,ini tidak bermaksud dia bebas masuk dan keluar dari pejabat. Satu prinsip yang dipegang teguh olehnya,iaitu..

"Posisi bukan posesi" ringkas tapi bermakna.

* * * * * * * * * *
Tiba di hospital,Iqmal bergegas ke Unit Rawatan Rapi (ICU).Sekujur tubuh terbaring kaku,dengan wayar yang berselirat,ditambah pula dengan nebulizer dan beg darah yang tergantung. Keadaan Izzat nampaknya agak kritikal. Puan Azizah duduk di kerusi bersebelahan dengan katil pesakit. Ibu kepada Ridhwan dan Izzat menangis tersedu-sedan...tidak dapat menahan pilu.

"Mana Along? Takkan waktu macam ni pun nak pentingkan kerja? Saudara sendiri yang sakit tak dipedulikan langsung!"pedih hati Iqmal saat mendengar perkataan yang dituturkan.

SubhanAllah..betapa sabarnya sahabatku..'Ya Allah,kurniakanlah yang terbaik untuknya..di dunia dan akhirat. Sahabat yang memimpinku menuju jalan Ilahi'

Tidak mahu mengganggu Puan Azizah dan ibu Izzat yang sedang bersedih,Iqmal keluar dari bilik untuk membuat satu panggilan.'Ammar,where are you right now?'

Beberapa orang nurse dan doktor kelihatan kalut. Sekujur tubuh ditolak masuk ke wad CCU,berhampiran dengan wad yang menempatkan Izzat. Iqmal cuba melihat wajah pesakit,namun tidak dapat dikenalpasti memandangkan wajahnya penuh dengan darah. Mungkin mangsa kemalangan ngeri. Agak mustahil pesakit seperti itu kembali stabil. Namun kuasa Allah tiada siapa yang mengetahui.

Syawal bakal menjelang seminggu saja lagi. Hari jumaat merupakan hari terakhir ramadhan tahun ini. Waktu sebeginilah yang banyak terjadi kejadian yang tak diingini. Misalnya kemalangan jalan raya.Sekali lagi panggilan didailnya.. Kali ini panggilan berjawab. Serta-merta jantungnya berdegup kencang.

"Ya Allah...Kenapa dengan perasaan ini?"rintih hatinya.

Bersambung......


#Tinta_Cahaya