Follow Us @cik_tinta

Thursday, 15 September 2016

Dia Insan Terpilih 1



Dia insan terpilih.... [ Part 1 ]

5 Tahun lepas...

"Kenapa keputusan kau teruk sangat ni, Along?"marah ibu.

Along menunduk memandang lantai. Tak mampu bersuara. Terasa sesuatu tersekat di kerongkong.

"Selama ini kau buat apa di sekolah?Main-main..pastu bergaduh..kan?!!"marah ibu memuncak.

Keputusan peperiksaan Along tidak seperti yang diharapkan. Tiada satu A pun tertera di slip keputusan. Namun tak ada pula subjek yang gagal.

"Along minta maaf...Ini semua salah Along. Along leka..tak sedar yang Along adalah contoh kepada adik-adik. Along tak jalankan tanggungjawab sebagai abang yang baik. Along..."belum sempat Along habis bercakap,ibu beredar menuju ke pokok rambutan.

Ranting rambutan dipatahkan. Ibu mendekati Along..Wajah anak sulungnya itu tenang. Tiada sebarang riak bersalah. Hal ini membuatkannya semakin geram. 'Langsung tak rasa bersalah'desis hatinya.

Zappp!! Ranting singgah bertalu-talu ke belakang Along. Mukanya berkerut menahan sakit. Wajahnya merah. Namun tak sedikit pun dia menghalang atau membela diri. Dia sedar semua itu salahnya.

Setelah puas,ibu meninggalkan Along seorang diri. Saat ibu hilang dari pandangan,Along terduduk di atas tanah. Pedihnya tak perlu dicakap. Sakit..kemungkinan belakangnya luka. Bibirnya mengukir senyum. Terdetik di hatinya..

'Kalau dengan cara ini ibu boleh tenangkan hati ibu...Along sedia tadah badan Along.Pukullah Along ibu'..


* * * * * * * * * *
Luka lama sudah sembuh. Tapi luka di hati ibu kelihatan berparut.. Seolah-olah baru semalam berlaku.

"Sabarlah Angah..ibu tak ada duit buat masa sekarang. Nanti bila dah ada,ibu berilah pada Angah. Ibu akan cuba dapatkan duit secepat mungkin. Ibu janji."suara ibu menyapa gegendang telinga Along. Angah perlukan duit?

Jaket dicapai.. Kunci motor dimasukkan ke dalam poket. Langkahnya diatur menuju ke dapur,mencari ibu. Saat terpandang wajah ibu,perasaan tenang menyelinap masuk ke hatinya. Ibu adalah satu-satunya wanita yang bertakhta di hati.

"Nak ke mana pulak ni?Merayap aje kerjanya..Cukuplah kau malukan ibu dengan keputusan kau..Jangan tambahkan lagi dengan perangai kau."ibu beredar tanpa sempat Along mencium tangan.

Tersiat hati Along mendengar. Senyuman tetap diukir. Wajahnya tetap tenang dan mendamaikan.

'Alah..biasa la tu Along. Ibu sayangkan kau. Sebab tu dia cakap macam tu. Tak nak kasi kau kawan ngan budak nakal.'..seperti biasa,bisikan hati menjadi penasihat terbaik buat dirinya.

Along keluar,mencapai motosikal dan seperti biasa,dia ada kerja yang perlu dilakukan.

* * * * * * * * * *
Pen dicapai. Dicatatkan sesuatu ke buku nota peribadinya. Tulisannya teratur,cantik dan kemas. Dibaca bait-bait ayat yang tercatat.

Saat aku mengenali dunia...
Hatiku hanya untuk seorang wanita..
Yang tabah menggalas tugasnya...

 ~ Untuk ibu tercinta ~

Saban hari,setiap malam..inilah yang dilakukannya. Dia berharap dapat menghadiahkan buku ini kepada ibu,pada hari lahirnya. Kebetulan pada tahun ini tarikh lahir ibunya jatuh pada hari terakhir puasa ramadhan. Along tersenyum.

Seminggu lagi,puasa ramadhan akan bermula. Perasaan teruja menghiasi ruang hatinya.'Ibu,nantikan hadiah daripada Along. Along sayangkan ibu. Ibu wanita pertama dan terakhir dalam hidup Along'. Matanya berkaca saat menyebut perkataan 'sayang'..Adakah ibu pun mempunyai perasaan yang sama dengan aku? 'Ishhh..Along. Jangan fikir bukan-bukan.'hatinya mengingatkan.

Selesai menjalankan rutin hariannya,Along melangkah keluar dari bilik. Terdengar suara ibu bercakap dengan seseorang. Siapa pula yang datang malam-malam macam ni?

Dirapatkan telinganya ke dinding. Niatnya hanya untuk mengetahui siapa yang sedang bercakap dengan ibunya. Setelah mendengar perbualan yang agak lama...Along mengerti.

Tak lama lagi cuti penggal. Achik dan Adik akan pulang dari asrama. Patutlah ibu kelihatan gembira. Rupanya tahun ini keluarga akan lengkap. Angah akan balik dari UK. Ramadhan tahun ini nampaknya lengkap. Cuma...arwah ayah yang tak ada. Sayu menjengah hatinya.

Along mendekati ibunya. Wajah ibunya ditatap. Dah lama tak pandang wajah ibu. Sungguh mendamaikan apabila memandang wajah wanita pemilik hatinya.

"Nah..ni barang-barang yang perlu kau beli. Angah,Achik dan Adik akan balik minggu depan. Nak buat masakan istimewa sikit untuk diorang."ujar ibu dan terus berlalu ke bilik.

Along tersenyum lagi.. Alhamdulillah,ada juga tugas daripada ibu untuk aku. Kertas yang berlipat dibuka. Ermmm..senarai barang yang diperlukan. Mungkin ibu nak masak sedap-sedap.

'Kenapa ibu tak masak pun untuk aku?'hatinya menyoal.

Ishhh.. Aku kan duduk kat rumah. Dah sentiasa bersama ibu. Angah,Achik dan Adik jarang-jarang balik. Tak mengapalah. Cukuplah dapat bersama ibu.

Bersambung.....


#Tinta_Cahaya